Want your
own Fotopage?






 
Pengkhianat 's FotoPage

By: Pengkhianat Jalur Gemilang

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Sep-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Rusuhan: 37 lagi dicari bantu siasatan


DIKEHENDAKI: Gambar terbaru 37 individu dikeluarkan polis Terengganu, semalam yang disyaki terbabit dalam rusuhan di Jalan Sultan Mahmud pada malam 8 September lalu sehingga menyebabkan empat anggota polis parah. Mereka berusia antara 20 dan 60 tahun diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu atau balai polis untuk membantu siasatan.


Polis masih tunggu lapan suspek beri keterangan berhubung kejadian membakar Jalur Gemilang

KUALA TERENGGANU: Polis mengedarkan 37 lagi gambar lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rusuhan penyokong pembangkang di Jalan Sultan Mahmud di sini, yang turut menyebabkan empat anggota polis cedera pada malam 8 September lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I, Superintendan Khairi Ahrasa, berkata semua lelaki terbabit diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Mereka diminta hadir ke Balai Polis atau IPD bagi membolehkan kenyataan mereka direkodkan untuk membantu siasatan kes ini. Mereka diminta memberi kerjasama sebaiknya supaya siasatan dapat berjalan lancar dan dapat dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, semalam.

Khairi berkata, semua lelaki itu berumur di antara 20 dan 60 tahun dan dipercayai warga Terengganu.

Katanya, dengan pendedahan gambar 37 lelaki terbabit, ia diharap dapat membantu melengkapkan kertas siasatan berhubung kes rusuhan yang disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis yang kini 70 peratus siap.

"Jika mereka tampil beri keterangan, polis yakin dapat lengkapkan siasatan kes secepat mungkin," katanya.




Sabtu lalu, polis menyiarkan gambar sembilan lelaki bagi membantu menyelesaikan siasatan berhubung kes membakar Jalur Gemilang yang disiasat mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat ketika rusuhan.

Mengenai perkembangan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah agama swasta di Marang yang tampil menyerah diri selepas gambarnya disiarkan Sabtu lalu, Khairi berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada pelajar terbabit dan dia kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan percakapan yang direkodkan, polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan dan dia dibebaskan kira-kira jam 10 pagi semalam selepas hampir 24 jam disoal siasat.

Mengenai siasatan kes pembakaran Jalur Gemilang, Khairi berkata, polis masih menunggu kelapan-lapan individu yang gambar mereka disiarkan untuk memberi keterangan.

"Polis mempunyai satu lagi gambar terbaru individu terbabit dalam insiden itu dan akan menyiarkannya melalui media dalam masa terdekat.

"Polis memberi peluang kepada individu terbabit tampil membantu siasatan dan jika mereka gagal polis pergi ke rumah mereka," katanya.

Sementara itu, Khairi berkata, hanya seorang lagi perusuh berusia 38 tahun yang terkena tembakan dalam rusuhan masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, mangsa dilaporkan stabil selepas pembedahan mengeluarkan peluru pada 13 September lalu.


Allah telah v peluang ke pas perintah terengganu, lepas tu Allah v semula ke umno perintah cuba fikir bakpe gitu..kerana pas dok buat sperti dia cakap..kejam pada rakyat.jadi dok payah ikut ah apa yang pas buat Wed 19-Sep-2007 02:51
Posted by:orangpasinsaf
dulu pak lah orang tanya apa pun, buat bodoh je.. tapi bab kat ganu nie dia respong pula. macam ada ape-ape je .. rancang ke????. mane menantu ku.. mai cayang, papa nakberi uit .... kongsi same patrik ye .. kalau orang tanya papa, cakp kat dia papa tak de tau.... Wed 19-Sep-2007 06:36
Posted by:orangpasinsaf
dulu gambo lain, nie gambo lain - macam supe impos je ...
dah tu, aku hadir taklimat kerjaan negeri kelmaring - ngapa kena terang pula kat kami semua - surat kabo tak cukup ke.. macam kejaang yang buat pulak ... ish-ish pening aku .... memang keje orang melayu cam nie ke...??
Thu 20-Sep-2007 00:40
Posted by:chik chak
Nih yg aku tak paham nih, tak tau lagi sape yg bakar bendera tu. Tetiba cakap pembangkang yg buat. Tak baik tuduh tanpa bukti. Yg pelik tu gambo tu macam dirancang. Contohnya, tul ke gambo tu kat tempat rusushan? tak ramai org pun? kata ada FRU jaga, kenapa tak nampak FRU dalam tu? pelik gak nampak budak tu pakai helmet pastu paling tempat lain? Lagi satu, ada cahaya maknanya guna flash ler tu, macam budak tu dah standby je kat situ. Ntah2 yg bakar tu org Umno tak? tak pun polis pakaian preman kot?. Lagi satu, gambo yg yg 37 org tu. Kenapa tak tunjukkan gambo masa diaorang tengah merusuh? Ni gambo masa tengah dok saja, tgh call org (pegang hp) pun ada. Muskil aku. Kenapa nak masukkan gambo org tak dibuktikan lagi bersalah dalam surat khabar? kan dah memalukan org tu. Padahal nak cari utk bantu siasatan je. Kalo org VIP ditangkap makan rasuh, muka musti di blurkan dalam media. Tak adil buat rakyat gini, iskkk...zalim..zalim. Thu 20-Sep-2007 01:41
Posted by:Umnoinsaf
gmbo tu bukan superimpose... kalu superimpose.. dokkang ada banyok gambo mamat tu?? gilooo apo... hok sek2 PAS ning je yg suka impose... Thu 20-Sep-2007 04:00
Posted by:dulu PAS.. lening PASti UMNO nyesal@yahoo.com
Kerajaan beria-ia sangat nak perintah Terangganu ni sebab negeri ni banyak buat duit kat kerajaan.. Kelantan apa ada sangat...sebab tu kerajaan tak bersungguh kat kelantan.. kat situ kita dah boleh nampak dah ada unsur2 ketidakadilan kerajaan kita... so benda2 nak memburukkan pembangkang memang sengaja diadakan...

kenapa perusuh/pembangkang sampai ada yg kena peluru??? siapa buat? arahan siapa? dan apa kejadahnya semua itu. Tak diperhebohkan pun isu ini...

Kita dah 50 tahun merdeka.. secara logiknya... benda2 merusuh ni dah lama tak wujud dalam pemikiran rakyat... kalau la betul.. tidak ditanya atau disiasat kenapa benda ini terjadi..puncanya???

Senang citer la...kalau kita tak mau benda ni berlaku, tiada pembangkang, tiada bantahan... lebih baik tak yak buat PARLIMEN..habih citer... tak payah buat DEMOKRASI.... so apa nak jadi dengan MALAYSIA...
Thu 20-Sep-2007 04:03
Posted by:siapakah aku sebenarnya????
Aku dengar BN ada slogan baru. "Pembangkang sifar". Dangkal betul pemimpin BN nih. Kalo pembangkang sifar, baik takyah jadi negara demokrasi. Mana ada negara demokari yg ada pembangkang sifar? mana? mana? tunjukkan? Thu 20-Sep-2007 05:19
Posted by:Umnoinsaf
Mamat tu tau dok super impos - dia ingak kang kepok leko gak nye - tu masu pati melayu hok dok melayu - ad pitih gi kak patrik badawi - dok lah bawoh pokok pisang gantung bendera BeNg ... tentu ngaji dok PAS nie.. Fri 21-Sep-2007 03:29
Posted by:PASTI PAS TABINO UMNO
masa pas perintah trg naper ghok hok buat...cuba kabo mari deh...hok buat tebang balak banyak222 masuk karung pas...bagi sama2 dia duit tu.....mung je pengikut pas dok tahu..mari aha pakat tolak paS biar masuk gaung belaka...biar aman negeri kita yang bertuah ni...x dok rusuhan....perangai tu bukan ajaran islam tapi ajaran bapok pas je.......pas tak dok lagi senang dunia n akhirat Sun 23-Sep-2007 04:43
Posted by:ayah chik
assalamualaikum...ayah chik...minta maaf kalu ayah chik warga emas.....byk lagi yg ayah chik tak tahu..so jgn cakap bukan2...ayah chik...mcm2 berlaku.kt kolumpo skang nie tp kerajaan tok amik berat pon..paling islam dah kena hina...murtad byk...apo ayah chik nok tgk anok cucu cicit kito nanti jadi gini ker.....assalamualaikum skali lg ayah chik...mintok maaf byk tuu...pikir2 jgn sampai sakit jantung sudohlahhh Thu 27-Sep-2007 08:29
Posted by:Punishment
assalamualaikum...ayah chik...minta maaf kalu ayah chik warga emas.....byk lagi yg ayah chik tak tahu..so jgn cakap bukan2...ayah chik...mcm2 berlaku.kt kolumpo skang nie tp kerajaan tok amik berat pon..paling islam dah kena hina...murtad byk...apo ayah chik nok tgk anok cucu cicit kito nanti jadi gini ker.....assalamualaikum skali lg ayah chik...mintok maaf byk tuu...pikir2 jgn sampai sakit jantung sudohlahhh Thu 27-Sep-2007 08:29
Posted by:Punishment
assaalamualaikum..ayah chik...byk hok ayah chik tak tahu...paling ketara hina islam..murtad dah byk..apa kerajaan kita buat..ayah chik nak tgk cucu cicit kita terpesong ko....so pikir2 kan lah ayah chik..minta maaf byk tue ayah chik kalu melukakan hati dan perasaan ayah chik..;. Thu 27-Sep-2007 08:37
Posted by:Punisher
Sempena nama aku mari kita pakat balik asal. Sebabnya kalu sesat jalang balik ke pangkal jalang.Toksoh pikir banyok. Kalu nak ko Isle betul-betul, buat Isle semo skali. Toksoh bising pasal bakar dero ko, babi ko. Dero buke peteng sgt. Kawe rasa hok dok saye ko dero tu kalu ore sere dio hok dulu larinyo. Tok cayo tera Umno buak hukum Isle, mesti Pas keno bubar sebab takdok penyokong termasuk aku. Wed 14-Nov-2007 10:36
Posted by:Balik Asal mattekullate@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.